Saturday, October 11, 2008

Tempoyak vs Asam Pedas

"ini semua mak yang punya salah!!" dush, Tati menghempas pintu dengan sepenuh keringat. Ibunya hanya mampu melihat dan menitiskan air mata. Tidak menyangka satu - satunya anak yang ada sanggup memperlakukan ibunya sebegitu rupa. Tatkala itu, aku teringat akan kata - kata orang dahulu kala, menjaga seorang anak dara lebih susah daripada menjaga sekandang lembu...Aku hanya mendengar dan memerhatikan gelagat si ibu yang mundar mandir tak tentu hala. Jelas kelihatan kerisauan di wajahnya yang sudah berkerut dimamah usia. Ibunya menghampiriku dan memandangku. Aku bersuara, "lu apahal beb gaduh anak beranak?". Ibunya berlalu tanpa mempedulikan aku. Aku naik hairan, semenjak aku tiba di rumah flat dua bilik ini, ibunya dan anaknya tidak pernah mempedulikan aku. Semuanya begitu sibuk dengan hal masing - masing. "Kenapa, why, apa salah aku?" aku bertanya kepada diri sendiri. Argh, persetankan mereka. Aku masih ada bapanya yang begitu mengambil berat akan diriku. Tetapi yang sedihnya, beliau terpaksa pergi ke oversea atas tujuan bisnes. Kalau aku tidak silap, hendak pergi membeli daging Amerika - Latin yang kononnya begitu enak sehinggakan kerap sekali orang menempahnya daripada beliau. Sebelum beliau pergi sempat beliau berpesan," tolong tengok - tengokkan bini and anak dara i ye, dorang tu cam anjing dan kucing gitu". Oleh itu, aku pun hanya sekadar melihat...

*******************************************

Sudah semalaman, si anak tidak keluar dari kamarnya. Diketuk - ketuk pintu kamar oleh ibunya. "Tati, bukaklah pintu ni. Mak ada wat lempeng kelapa kesukaan kamu ni. Seharian kamu tak makan, nanti perut masuk angin dowh", rayu si ibu dengan nada sedih. Begitulah kasih sayang seorang ibu. Meskipun anaknya tidak menghormatinya, sukar untuk si ibu tidak mempedulikan perihal anaknya. Tiba - tiba, henpon si ibu berbunyi. " Sayang, sayang, sayang, kamu dah berpunya..", berkumandang suara Alif Aziz yang serak - serak itu menjadi ringtone kepada henpon si ibu. Si ibu bergegas ke henponnya sambil membuka langkah ala - ala penari profesional. Saling tak tumpah gayanya macam budak - budak dalam rancangan 5 Jingga yang ditayangkan di 8tv setiap hari selasa pukul 9.30 malam. Maklumlah, si ibu semasa zaman anak dara dulu adalah cheerleader untuk sekolahnya. Maka tidak hairanlah si ibu mampu berdansa dengan begitu baik sekali. Aku memerhatikan gelagat si ibu yang menjawab telefon. Wajahnya yang sebentar tadi ceria tidak semena - mena berubah, air mata berjujuran jatuh membasahi pipi si ibu. Si ibu menghampiri aku dan berkata," ini semua salah kau, sejak kau datang, banyak betul benda sial yang jadi!!". Aku tergamam dan hanya diam seribu bahasa...

*******************************************

Hujan begitu lebat sekali, terasa kesejukkan mencengkam diriku yang kerdil ini. Kini, sudah sebulan bapanya pergi tak kembali. Apa yang aku dengar, bapanya diserang perompak yang begitu dahagakan daging Amerika - Latin ketika beliau sedang dalam perjalanan pulang dan mati di tempat kejadian. Sampai begitu sekali penangan daging dari negara orang itu. Apakah sudah tidak ada daging yang bermutu di Malaysia tercintaku ini... Dush!! Terhenti lamunanku tatkala mendengar hempasan pintu yang dilakukan oleh Tati. "Haih, tidak habis - habis bergaduh dua beranak ni", getus hatiku. Pemergian si bapa tidak langsung memberikan kesan kepada mereka berdua. Apa punya orang da.. Aku begitu terasa akan kehilangannya, namun aku masih meneruskan amanat si bapa dengan menengokkan bini dan anaknya yang semakin hari semakin comel pula. Oh Tati..tidak pernah sekali pun engkau memandang aku, jauh sekali menegur aku. Aku sedar aku siapa....

*******************************************

"Nah, makan ni," Tati memberi aku makan. Aku berasa begitu bahagia sekali. Gadis pujaanku menjagaku dengan penuh kasih sayang. Walaupun perubahan sikapnya sedikit mendadak, aku tidak menaruh walau sedikit kecurigaan pun. Yang penting aku happy,haha. Tati juga tidak lagi bergaduh dengan ibunya malah Tati turut mengikut jejak langkah ibunya dengan menjadi cheerleader di sekolahnya. Kadang - kadang, mereka turut berlatih menari poco - poco di malam hari. Sejuk hatiku melihat mereka. Pasti arwah bapanya gembira dengan suasana sebegini. Aku tersenyum sendirian..Tiba - tiba, aku terasa seperti aku sedang terbang. Berkhayalkah aku? Badan aku terasa sakit seperti ditoreh hidup - hidup. Aku melihat si ibu begitu gembira sekali menyeksa diriku. " Apa ni beb, gua tak salah pon dengan lu, jangan layan gua gini beb, tak rockla!!", teriak diriku. Namun, tidak dipedulikan olehnya. Tati hanya melihatku dengan wajah penuh bernafsu sambil melelehkan air liurnya seperti harimau yang kelaparan. Tati menghampiriku dan berkata," tamatlah riwayat kamu sebab mak aku nak masak kau hari ini, separuh wat masak tempoyak and separuh lagi asam pedas, slurpp". Masak tempoyak and asam pedas? Patutlah mereka sering bergaduh sejak ketibaanku. Si ibu inginkan masak asam pedas manakala si Tati inginkan masak tempoyak. Oh, baru aku mengerti. Mereka berebut untuk memasakku mengikut citarasa masing - masing. Namun, aku tidak sedih. Cinta itu begitu buta sehinggakan aku sanggup berkorban apa saja demi Tati yang ku cintai. Masaklah aku Tati sebagai bukti cintaku padamu. Maka, tamatlah riwayat aku sebagai seekor ikan patin...Selamat tinggal Tati, i love u!!

No comments: