Friday, October 17, 2008

Aku sebuah motor 2

Aku gembira melalui hari - hari bahagia bersama tuan aku. Kami menetap di kepulauan padang jawa di pangsapuri puteri. Aku berasa sedikit sedih kerana aku tidak di bawa oleh tuan aku ke rumahnya. Aku hanya ditinggalkan bersendirian bersama - sama makhluk - makhluk lain yang sama fungsinya dengan aku. Namun begitu, aku tidak kisah. Aku sudah cukup gembira apabila tuan aku yang kacak lagi gagah menuruni tangga dan menuju ke arah aku lalu menghidupkan ku. Tuan aku juga mempunyai seorang rakan yang selalu menaikiku bersama dengan tuan aku. Oh, aku lupa. Aku juga turut mempunyai rakan. Elit 150 dan Lagenda 110 namanya. Elit mai dari Johor manakala si Lagenda mai dari Kelantan. Aku begitu kagum tehadap Elit. Elit memulakan hari - harinya dengan membawa tuannya yang begitu besar. Bak kata pepatah, " berat mata memandang, berat lagi bahu memikul". Pernah sekali aku bertanya kepada Elit, " kenapa engkau begitu tabah melalui hari - hari yang penuh dengan keperitan dan penderitaan." Elit tanpa segan silu menjawab," Lu silap, aku sebenarnya begitu gembira kerana dapat berkhidmat untuk tuan aku. Aku akan lebih berduka jika aku tidak mampu untuk melaksanakan amanat yang diberi tuan aku." Elit mengalirkan minyak hitam menunjukkan hatinya yang sebak. " Sabar la abe, mu tak ghoyak pon aku pahe be," sampuk lagenda dengan loghat Kelantannya yang pekat. Aku hanya terdiam dan merenungkan tujuan kewujudan aku..

No comments: