Friday, October 10, 2008

Aku sebuah motor

Pertama kali aku membuka mata melihat dunia , aku begitu kagum dengan keindahan dunia ciptaan tuhan ini. Begitu senang mataku memerhatikan pepohon yang melambai lembut, seolah - olah memanggil aku untuk merapatinya. Aku cuba untuk membuka langkah. Pelik, aku tidak mampu bergerak walau seinci pun. Aku kecewa bercampur keliru. Cacatkah aku? Aku melihat makhluk yang melintas di hadapanku, ada yang berkaki, ada yang berterbangan, malah ada yang bergerak menggunakan empat biji roda. Tapi aku...hanya sekadar di pinggiran dan memerhati gelagat mereka. Saban hari, manusia melihatku, membelekku, dan berlalu pergi tanpa berkata walau sebutir bicara. Adakah mereka kasihan melihatku yang cacat, tidak mampu untuk bergerak dan hanya berkakikan dua roda. Setelah dua bulan, sepuluh hari, dan beberapa jam berlalu, muncul seorang jejaka berkaca mata yang melihatku dengan begitu ghairah sekali. Dia membelaiku dengan penuh kasih sayang. Aku...terasa diri begitu dihargai. Dia menaiki ku dengan penuh gaya dan menyepakku. Hairan, aku tidak merasa sakit malah berasa begitu bertenaga sekali. Telingaku di pulas - pulas membuatkan aku mengaum dengan begitu kuat. Vroom,vroom, preeenggg. Aku bergerak!!! Aku bergerak dengan begitu laju sekali memintas makhluk - makhluk yang dahulunya begitu gah berlalu di hadapanku. Kini, aku tidak lagi cacat. Aku bersyukur kerana munculnya satria perkasa menyelamatkan aku daripada kesengsaraan yang aku tanggung selama ini.


No comments: