Tuesday, October 28, 2008

buku tak kisah

Alamak, lagi dua hari dah nak final, aku apa pun tak sedia lagi. Aduh,aduh inilah penangannya kalau tak sedia dari awal lagi. Sudah empat bulan berlalu, dan jarang – jarang sekali aku buka buku dan membaca apatah lagi nak memahaminya. Mesti buku sedih sebab aku tak pernah pun terlintas nak memegangnya. Lalu aku bertanya kepada buku, “buku, bagaimana keadaan engkau?” Buku membalas, “ Aku sedikit tersinggung dengan sikapmu wahai teman. Tatkala kamu di dalam kesenangan engkau tidak pernah mencari aku, namun bila kepayahan melanda, aku tidak semena – mena menjadi teman rapatmu.” Aku terdiam, bila diamati kembali kata – kata sang buku, tidak dapat disangkal lagi bahawa aku hanya mencarinya di kala kesusahan. Tatkala itu, aku terkenang kembali perjalanan aku sepanjang bergelar pelajar semester ketiga ini. Oh, kalaulah aku menjadikan sang buku teman aku dari awal lagi, aku tidak mungkin akan gusar seperti hari ini. Tiba – tiba buku berkata, “ sudahlah wahai tuanku, jangan dikenang akan masa silam. Biarlah yang silam menjadi pengajaran dan bukan bebanan buat dirimu. Aku dicipta untuk diperlakukan sebegitu..” Aku tersentak dengan kata – kata sang buku. Sungguh mulia hatimu. Aku berjanji tidak akan mengabaikan engkau lagi. Sesungguhnya engkau wajar diberi penghormatan kerana tanpa engkau tidak mungkin ilmu bisa disebarkan. Lalu, aku mengambil sang buku dan melakukan apa yang sepatutnya aku lakukan dari dulu lagi…membacanya.

Moral : jangan study last minute, serabut otak jer.

1 comment:

headed to nowhere said...

blog lu ni bestla beb, aku suka r.