Monday, October 26, 2009

I'm not single

Dahulu aku hanya membawa tuanku seorang. Hanya beliau sahaja yang perlu aku junjung. Namun itu semua hanyalah kenangan terindah buat diriku. Kini, tuanku yang kacak lagi baik hati telah mempunyai seorang kekasih. Cantik orangnya sehinggakan sebagai sebuah motor begitu kagum sekali. Andai dibandingkan kekasih hati tuanku dengan motor - motor yang ada di dunia ini, indahnya tidak terlawan. Oh, bertuah sungguh tuan aku. Aku cemburu bila melihat dirinya telah bertemu dengan gadis idamannya. Sendirian aku termenung, bilakah aku akan berjumpa dengan kekasih hati ku pula. Mungkin kerana aku hanyalah motor kriss, mata - mata motor gadis seakan meminggirkan aku dari pemandangan mereka. Sedih hatiku, bergenang minyak hitam menahan sebak. Tiba - tiba, lamunanku terhenti dek suara merdu tuanku menyanyi lagu syahdu anuar zain, i'm the lucky one. Lunak sungguh suaranya persis buluh perindu. Aku terlupa seketika akan kesedihanku. Aku sedar, hidupku adalah untuk tuanku. Kebahagiannya adalah impian aku, keselesaannya adalah jaminanku. Preng, aku berbunyi..aku dihidupkan oleh tuanku lalu dirempitnya aku ke seksyen 18. Kami tiba di rumah gadis pilihan hati tuanku. Oh, aku terkesima melihat keindahan ciptaan tuhan yang satu ini. Comelnya, kata aku dan tuanku serentak. Aku turut terkena tempias kegembiraan tuanku, aku menjadi ceria secara tiba - tiba. Gadis pilihan tuanku menaiki aku dan kami bergerak menuju ke destinasi pilihan tuanku dan gadis pilihannya. Dalam diam, aku mendoakan agar mereka kekal dan terus bersama merempuhi liku - liku kehidupan. Amin...

No comments: